Tuesday 4 April 2017

BANGI WONDERLAND

Bangi adalah satu bandar kecil di bahagian selatan Hulu Langat, Selangor. Bandar ini dikelilingi oleh ladang kelapa sawit yang makin dilupuskan secara beransur-ansur dan digantikan dengan projek-projek pembangunan yang lebih menguntungkan. Bangi dikelilingi oleh beberapa kampung kecil iaitu Kampung Bangi, Kampung Bahagia, Kampung Batu Lima dan Kampung Rinching. Kebanyakan daripada penduduk di Bangi berasal daripada negeri yang lain, di mana mereka bekerja di kawasan perindustrian yang berdekatan. Mereka terpaksa untuk menyewa rumah di Bangi atas faktor modal dan kesesuaian untuk membeli hartanah di Bangi. Kebanyakan daripada golongan pekerja kilang tidak mempunyai gaji yang tinggi, manakala sebahagian daripada pekerja berpendapatan tinggi pula berasal dari negara lain dan mereka akan pula ke negeri asal setelah tempoh kontrak  luput. Rumah untuk disewa Bangi telah mendapat sambutan yang hangat sekali daripada golongan ini dan ia telah menjadi salah satu unsur pendapatan untuk penduduk tempatan.

Untuk mereka yang kurang faham tentang Bangi pasti tidak ketahui bahawa sebenarnya Bangi mempunyai satu destinasi pelancongan yang amat menarik sekali, iaitu Bangi Wonderland. Ia terletak di Bangi Avenue, Kajang dan taman bertema ini mempunyai 16 fasiliti yang menarik untuk sekeluarga anda. Sebagai contohnya, Family Waterpark mempunyai banyak fasiliti permainan yang disediakan untuk ramai di mana ia sempurna untuk dijadikan tempat carnival, parti, berkelah dan sambutan untuk korporat mahupun keluarga. Insane Racer pula terdiri daripada 6 landasan yang perlu anda turuni dengan kepala menghadap ke depan. Landasan ini setinggi 7 tingkat dan anda boleh mencapai ke tanah dalam masa beberapa saat sahaja, bersama-sama dengan jantung yang masing berdengup dengan kencang. Untuk kanak-kanak pula, Kids Adventure merupakan tempat yang wajib pergi kerana ia merupakan tapak permainan yang amat besar sekali dan kanak-kanak pasti akan mengemarinya.

Masih mencari tempat untuk melancong? Marilah ke Bangi Wonderland!

No comments:

Post a Comment